MMA Group menawarkan program ini kepada
:
 |
Pesara
dan bakal pesara kerajaan atau swasta |
 |
Jabatan-jabatan
Kerajaan |
 |
Persatuan,
pertubuhan, Agensi atau kelab |
 |
Unit Perancang
Ekonomi Negeri |
 |
Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri bagi membela warga miskin. |
 |
Pusat
Zakat atau Baitumal Negeri bagi mereka yang layak menerima Asnaf zakat. |
 |
Unit Perancang
Ekonomi Negeri bagi membasmi kemiskinan tegar. |
 |
Agensi
Dadah Kebangsaan bagi bekas-bekas penagih untuk membina kehidupan
baru dengan menceburi bidang perniagaan. |
 |
Dan juga
individu yang berjiwa Usahawan dan ingin menceburi badang perniagaan
berasaskan soya. |
|
|
MMA Group yakin program Mentor ini pasti memberikan manafaat
kepada peserta kerana Sabda Rasulullah SAW "9/10 rezeki
datangnya dari bidang perniagaan". Melalui Program Mentor ini
para peserta akan diberikan Motivasi Asas Usahawan oleh Pengarah Urusan
MMA Group bagi membuka minda para peserta. Dengan memberikan mereka peluang
menyertai pakej Mentor ini mudah-mudahan minda mereka terbuka untuk merubah
kehidupan dan masa depan mereka kearah yang lebih cemerlang seterusnya
memberikan mereka satu perniagaan bagi menjana ekonomi keluarga. Bagi
membantu dan merubah kehidupan peserta di dalam program Mentor ini MMA
tidak memberikan mereka ikan tetapi sebaliknya MMA mengajar mereka bagaimana
untuk dapatkan ikan, kerana sampai bila kehidupan mereka harus bergantung
kepada orang lain dan sampai bila kehidupan mereka harus dibelenggu kemiskinan.
Maka dengan adanya kursus produk berasaskan soya ini
sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka dan memberikan mereka
pilihan untuk menceburi bidang perniagaan produk berasaskan soya, ini
adalah kerana jika dilihat di sekeliling bilangan bumiputra yang berniaga
produk berasaskan soya sama ada di pekan, taman perumahan, kampung dan
bandar terlalu sedikit dan adakalanya sukar didapati, malahan kebanyakkan
daripada kita hari ini untuk minum Air Soya dan makan Taufu Fah yang sedap
dan berkualiti sebilangan besar terpaksa beli soya yang dihasilkan oleh
bukan bumiputra di mana dari segi kebersihan dan pemprosesan juga mungkin
meragukan, ini membuktikan bahawa pasaran produk berasaskan soya dikalangan
bumiputra ini masih terbuka luas bagi memenuhi permintaan pengguna di
kalangan bumiputra.
Maka adalah satu kerugian besar sekiranya program Mentor
Usahawan berasaskan soya ini tidak direbut, kerana hari ini telah terbukti
ramai yang menghadiri program Mentor kini mereka mampu menjana pendapatan
yang lumayan terutamanya di sepanjang bulan Ramadhan, untuk satu tapak
bazaar Ramadhan pendapatan mereka mencecah RM5,000 hingga RM15,000 sebulan
Ramadhan. Malahan melalui program ini juga ilmu yang mereka perolehi dapat
diwarisi oleh anak cucu mereka selama ilmu ini dimanafaatkan.
|